Burung Lang Siput
Burung Lang Siput

Burung Lang Siput

Burung Lang Siput atau juga dikenali sebagai Lang Laut[1] atau Lang Laut adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Haliaeetus leucogaster[2], [3].Burung Lang Siput merupakan burung pemangsa diurnal yang besar dalam keluarga Accipitridae. Pada asalnya digambarkan oleh Johann Friedrich Gmelin pada tahun 1788, ia berkait rapat dengan burung Lang Besar ("Sanford's Sea Eagle")[4] di Kepulauan Solomon, dan keduanya dianggap sebagai superspesies. Burung yang menonjol, burung L:ang Siput dewasa memiliki kepala, dada, bulu bawah sayap (terlindung) dan pelepah ekor putih. Bagahian atas kelabu dan bulu bawah pelepah penerbangan berlawanan dengan pelepah putih penutup kovert. Ekornya pendek dan berbentuk baji sebagaimana kesemua spesies lang laut Haliaeetus. Sebagaimana burung raptor lain, burung betina agak besar sedikit berbanding burung jantan, dan mampu mencapai sehingga sepanjang 90 cm (36 in) dengan lebar sayap sehingga 2.2 m (7 ft), dan seberat 4.5 kg (10 lb). Burung muda memiliki jambul perang, yang perlahan-lahan bertukar putih sehingga berusia lima dan enam tahun. Panggilannya kuat seperti angsa menghon.Menetap di India dan Sri Lanka sepanjang Asia Tenggara sehingga ke Australia di persisiran dan laluan air utamanya, burung Lang Siput membiak dan memburu berhampiran air, dan ikan membentuk separuh dari permakanannya. Mengambil peluang, ia memakan bangkai dan pelbagai jenis haiwan. Sungguhpun dinilai Kurang bimbang sejagat, ia semakin berkurangan di sebahagian Asia Tenggara seperti Thailand, dan tenggara Australia. Ia ditakrif Terancam di Victoria dan Lemah (Vulnerable) di Selatan Australia dan Tasmania. Gangguan manusia pada habitatnya merupakan ancaman utama, samaada dari aktiviti langsung manusia berhampiran sarangnya yang menjejaskan kejayaan pembiakannya, dan penebangan pokok bagi ia bersarang. Burung Lang Siput dihormati oleh penduduk asli Australia di kebanyakan tempat di Australia, dan menjadi subjek pelbagai kisah cerita rakyat disepanjang julatnya.

Rujukan

WikiPedia: Burung Lang Siput http://www.amonline.net.au/factsheets/white_bellie... http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=... http://health.kompas.com/read/2011/02/09/03020122/... http://www.youtube.com/watch?v=s6wBfZtlVtg http://abcdef.uni-hd.de/institute/fak14/ipmb/phazb... http://elibrary.unm.edu/sora/Auk/v067n01/p0066-p00... http://books.google.com.my/books?id=g63vuaasxrgC&p... http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%202/Act%2076.pdf http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lang http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/201...